Tanyaislamyuk – Kehilangan Sebelah Kaki Tak Menghalangnya Mempertahankan Masjid… Kini Dijemput Menjadi Tetamu Allah.
Sebuah video yang tular memperlihatkan keberanian Sheikh Rahemullah, seorang lelaki Muslim dari Nepal yang hanya mempunyai sebelah kaki, berdiri dengan tongkat untuk mempertahankan sebuah masjid daripada ancaman sekumpulan orang.
Keberaniannya menyentuh hati ramai umat Islam sehingga aktivis dari Arab Saudi berusaha mencarinya.
Akhirnya pada 5 Ogos 2026, Rahemullah, 32 tahun, bersama kedua ibu bapanya dibawa ke Makkah untuk menunaikan ibadah Umrah, hasil tajaan para penyumbang dan penganjur dari Arab Saudi sebagai penghargaan atas keberaniannya mempertahankan masjid.
Setibanya di Tanah Suci, mereka disambut penuh mesra oleh masyarakat Saudi dan penduduk Makkah dengan hadiah serta layanan yang baik sepanjang menunaikan Umrah.
Daripada sebuah keberanian mempertahankan rumah Allah, akhirnya terbuka jalan buat beliau menjadi tetamu Allah di Tanah Suci. 🕋
Semoga kisah ini menjadi inspirasi bahawa setiap kebaikan dan pengorbanan tidak pernah sia-sia.










